Wednesday, April 7, 2010

Masjid Ubudiah


Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid yang terletak di Bukit Chandan. Masjid Ubudiah ini sangat terkenal dengan senibinanya yang unik. Masjid ini juga dianggap salah satu masjid yang terindah di Malaysia. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam.

ISTANA ISKANDARIAH


Istana Iskandariah terletak di atas Bukit Chandan, di tepi kanan Sungai Perak, bersebelahan dengan Kampung Padang Kawad, di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Inilah istana rasmi tempat bersemayam Raja-raja pemerintah yang ditabal sebagai Sultan Perak sejak tahun 1933 dahulu. Nama istana ini sempena nama Sultan Iskandar Shah yang bertanggungjawab terhadap pembinaannya dahulu.


Tapak asalnya merupakan tapak Istana Negara yang dirobohkan pada 1933. Senibina istana ini mengambil corak senibina Islam-India 'Saracenic' dengan campuran senibina Asia Barat. Motif pada gerbang tajam (pointed arch), hiasan minaret, kubah berbentuk bawang (onion shaped domes). Ia adalah hasil ilham, pengalaman dan perjalanan arketel dan jurutera British di Tanah Melayu. Senibina sedemikian terpancar juga pada Masjid Ubudiah yang terletak berdekatan dengan Istana Iskandariah.

Sejarah Kuala Kangsar


Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar DiRaja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan IKS ( Industri Kecil dan Sederhana )yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometerke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa.