Wednesday, April 7, 2010

ISTANA ISKANDARIAH


Istana Iskandariah terletak di atas Bukit Chandan, di tepi kanan Sungai Perak, bersebelahan dengan Kampung Padang Kawad, di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Inilah istana rasmi tempat bersemayam Raja-raja pemerintah yang ditabal sebagai Sultan Perak sejak tahun 1933 dahulu. Nama istana ini sempena nama Sultan Iskandar Shah yang bertanggungjawab terhadap pembinaannya dahulu.


Tapak asalnya merupakan tapak Istana Negara yang dirobohkan pada 1933. Senibina istana ini mengambil corak senibina Islam-India 'Saracenic' dengan campuran senibina Asia Barat. Motif pada gerbang tajam (pointed arch), hiasan minaret, kubah berbentuk bawang (onion shaped domes). Ia adalah hasil ilham, pengalaman dan perjalanan arketel dan jurutera British di Tanah Melayu. Senibina sedemikian terpancar juga pada Masjid Ubudiah yang terletak berdekatan dengan Istana Iskandariah.

No comments:

Post a Comment